Friday 16 December 2011

hudud

assalamualaikum chuols..

kabare semua?waras?*jawa sangat*
buat apa nak malu kalau jawa.kira dik non ni bukan pure malay lah*euwww.melayu asli*.dik non juga berdarah kacukan.wahhh!!!!tetap nak ada mix walaupon kulit kau segelap dayang senandung.hidung tak mancung bak seludang tapi kemek comel macam siti sarah.*matila buka pekung 'kecantikan' diri*

again!buat apa nak malu dengan pemberian Tuhan macam tu.its a God give.terima jah sebab ada hikmah di sebalik setiap pemberian.tak gitu???bak kata omputih, every cloud has it own silver lining.hamikau.*english education*

hudud?
isu ni sangatlah rancak dan fenomena kan?dik non sebagai gadis it ni tak maw lah ketinggalan about the hudud thing.kalau orang dok post pasal hudud.dik non pon nak post jugak.kita ni mana boleh.tetap nak menang je.

dik non bukanlah seorang yang alim ulama ataupon pandai berbicara tentang hukum agama ni. but according to this video.its really good to make us easily understand wat is hudud?seryesly i am talking to u?dont beleive it?u watch!*pitams.gigih google translate*hihi



post ini tidak lah  berunsur sebarang political review okayyy.ambil sebagai informasi kepada kita yang sentiasa dahagakan ilmu.pernah dengar tak?ilmu yang kita cari ini ibarat setitik air di lautan.pengsan tak???mampu nak cedok semua ilmu seluas lautan?tak mampu kan?jadi banyakkan membaca dan mencari k.*ohmaigod.ilmuan sangat*

i just turn 21.dik non pon tak daftar lagi.tak taw nak pilih mana uols??tapi kita as a muslim perlu laksanakan tanggungjawab ni.ermm..dik non nak wat research lah.undilah dengan bijak!peace yaw!

Thursday 15 December 2011

Ombak rindu.i am coming

assalamualaikum.

chuolssss..hari ni dik non nak pergi tengok wayang.cerita ombak rindu.lambat tak uols????...tak lambat kan?????masih belum sebulan kan????masih 2 minggu lebih je kan???

ye lah uols..dik non busy sangat.uols pon taw kan.dengan kendurinya.itunya.ininya.macam2.terpaksa dik non postpone niat dik non tengok  ombak rindu tu.

tapi jangan risau.hari ni.selesai je solat jumaat dik non nak pergi tengok wayang.dik non tak boleh tahan dah.dik non nak tengok jugak.

ye lah.sekarang kan semua orang demam ombak rindu.dik non sebagai urban people pon tak nak ketinggalan zaman.tetap nak over*kannn..kita selalu tengok cerita omputih je.melayu ni tak main lah.

ok lah kat bawah ni dik non nak sertakan satu lagu ost ombak rindu yang dik non suka sangat.banyak kali dik non ulang uols.dah la suara dik non pon ala2 adira.syahdunyeeee


rachel crow.she is amazing

assalamualaikum wbt.

holaaa uols...
siapa kenal rachel crow?
dik non kenal minah ni.tapi dik non kenal macam tu je lah.kami biasa terserempak masa dik non jogging.ada sekali tu terserempak kat pasar.dia ni muda lagi uols.baru 13 tahun.but her talents.OMGGG!!!

dik non tak da astro uols...so dik non tak dapat nak ikuti perkembangan dia by tv.but i have streamyx.soo dik non selalu ikut perkembangan dia by internet.she is one of the x factor 2011 contestant uols..yang paling muda sekali but her talent is soooo huge.berulang2 dik non tengok video dia since audition sampai lah ke top 5 uols.tapi sayang uols.

this talented gurl dah terkeluar.sedih sangat uols..dik non faham dia.she is just a kid.kecik lagi.tak pandai nak kawal feeling.kalau happy kau gelak lah kuat2.kalau sedih.haaa..kau tengok lah video ni.
 

 yang bawah ni pulak video masa si rachel crow pergi audition.best uols.so lively
dik non letak 2 video je k.yang lain cari sendiri k.biar celik sikit it tu.jangan jadi macam kawan dik non.it blind.tp bab ngumpat kau nombor satu bedahh.opsss.hihi

kenduri di negeri periuk nasi Malaysia(kedah)

assalamualaikum.
hello chuols...
dik non nak amik mood jap.rasa macam nak kahwin je besok.maklumlah dik non ke kedah hari tu.ada kenduri kahwin uols..sedare dik non kahwin.meriah uols..kambing 3 ekor.lembor sekor.ayam berekor-ekor.x dan nak kira.camane?penyebok tak kau???

bukan apa uols.dik non rewang masa kenduri tu.taw ke ape rewang?rewang ni dalam bahasa jawa.kalau kelatenye bekwok(big work).kalau melayu bakunya.tolong menolong kupis bawang.potong buah.potong daging.pitams*melayu kau tak nak panjang definitionnya.

seronok uols.dik non sebagai gadis metropolitan ni terasa sangat berbeza bila pulang ke desa.

pulanglah ke desa berhari raya.ayah serta bonda*tibe layang lagu raya*yang penting ada word desa.pengsan.

lain sangat rasa uols...tenang sangat.aman sangat.damai sangat.berbeza taw.dik non rasa macam orang jakun sangat.turun bendang.mandi telaga.minum ayaq nyok.oh mai godddd.*padahal kau balik kedah setiap tahun*tetap nak over jakun.

dik non ke kedah kali ni dengan ayah dik non.mak dik non tak dapat balik uols.maklumlah mak kita kan CEO syarikat.bila hujung2 tahun ni banyak audit nak kena buat.*kita kan orang kaya*euwww.muntah.nak beli gula2 pon kita kena mintak mak kita.cuti yang nak kena apply pon dah habis.oppss.CEO kena apply cuti ke?tipu sangat dik non ni.

memang berbeza sangat uols kenduri di kedah ni.kalau kat selangor nya meriah dengan karaoke lah.pengantin feeling model dok salin2 10 baju.cina ada.india ada.bikini pon ada la ni.kelapaq nak tukaq baju2.tak habih.dik non yang tengok pon jenuh aihhh.pastu dengan pelamin nya.khemah tak payah cerita lah kan.

kat kedah ni berbeza sangat uols.semua yang dik non sebut di atas tak da uols.pengantig hanya pakai baju pengantin dok layan tetamu.kalau pengantin pompuan yang tak layan tetamu tu mungkin tengah gigit pintu sebab tak dapat salin 10 baju.makan hati uols.

pelamin pon tak da taw.depa hias bilik pengantin kaw2 punya,.cantik sangat.sampai tak taw nak baring kat na dah.penuh dengan segala perhiasan dan hantaran.silap2 haribulan malam pertama pon atas hantaran pa...ye lah.hantara kau dildo.[pengsan].ampun kakak.

kalau time makan pulak berbeza sangat.asing2 taw.ada separator gitu.dik non pulak yang pening kepala nak duk tang mana.last2 dik non dok bawah pokok nyoq ja.sedih kan.

rasanya dah panjang dik non type ni.uols pon bosan pa.huhu.ok lah.see chuolss again.buhbye.

Monday 12 December 2011

cantiknya kening

assalamualaikum.tak jawab dosa.kalau jawab sayang.(comel tak?macam maghia elena tak?)
untung kan maria elena.dah nak kahwin dah dia.semoga berkekalan hingga ke anak cucu dik non doakan.simple je majlis pertunangan dia.pink colour gitu.suka dik non tengok.tapi tak taw lah pulakkan majlis wedding dia nanti.taw2 kalahkan memey.mampu???ada reflesia nak sponsor?hahaha.ermm..kita doakan yang terbaik untuk dia k.kalau maria jemput dik non.lagilah dik non doakan banyak2.umur panjang.murah rezeki.segala yang baik2 lak.

hari tu dik non lepak2 dengan kawan gegurl dik non.lepak dekat starbuck uols...STARBUCK!!!mampu??kannn..baru pergi starbuck je dah kecoh macam bangun2 tidur rumah kau yang small cabin dah jadi villa.padahal kami lepak2 kat mcd jahhhh.

kawan dik non ada ipad.miss it katanya.segala gajet dia ada.sebut je.digimon.pokemon.game boy.up to date kan?kami dok feeling2 search gambar beauty ladies in the world guna ipad dia.feeling kan sumea cantik dnegan harapan gambar kami akan keluar kat image.pitams...search punya search kami jumpa gambar sorang minah ni.korean girl.cantik uols...tiba2 sorang kawan dik non bersuara.kami yang lain waaaa...weee...wuuu je.yang dia"cantiknya kening dia...".saje je nak kelainan taw.terus semua kat situ pegang and lurut kening masing.dik non pon tak nak kalah.lurut jugak.haaaa..merasa lah korang perempuan.
yang lain semua setuju "ha a laaa...cantik laaa..cukur tuuuu....." 
tiba2 sorang lagi bersuara."tapi cukur kening tu berdosa kan?"

semua terdiam.

mananya tidak.4 daripada 6 orang yang lepak tu cukur kening uols.dik non tak mampu nak bertindak menjadi ustazah lagi.dik non diam.kaku tapi ketawa dalam hati.

Dia juga makhluk Allah

assalamualaikum uols...
dah berhabuk bersawang blog dik non ni. lama rasanya dik non tak update blog.ye lah uols...dik non sekarang ni busy sgt....busy sengsgttt...dgn runwaynya..model managementnya..ala..macam janice dickinson tu(hantam lah eja nama kau Jan.kita kan kawan.asal ada dick2 pon kau ok kan)

ok.back to our this post title.Dia juga makhluk Allah.Allah peduli.tibeee lagu Agnes Monica kakak dik non.
hari tu dik non balik rumah.cuti kekdahnya.lepak2 rumah tiba2 hujan..ermm..mak dik non pon apa lagi.kalau hujan je.mesti lapar.saja nak tambahkan lengan dia biar dik non boleh gigit dengan lebih rakus.haha(kau ada gigit lengan lemak mak kau?mampu???)

sooo...dah lapar2 ni mak dik non mula la meragam.dia kalau makan tak nak yang malay.pengsan.nak yang Italian food.chinese cuisine.and of course western food.hamikau.

bodek punya bodek dik non bagi idea untuk makan chicken chop yang murah.tetap yang murah je.tak de duit uols..maklumlah dik non ni belajar lagi.dik non pergi dengan my two borthers and my mother.
sampai2 je.amboiiii.ramanya orang.semua orang kat tempat dik non ni kelapak chicken chop ke hujan2 ni.mentang2 lah murah.toleh punya toleh dik non nampak tempat kosong.terus kitaorang berlari kencang mendapatkan tempat duduk tu,dik non pandang tepi.ehhhhh..banyaknya bunga2.ada orang mati ke?
dik non pandang tepi kiri pula.ehhh.bunga lagi???ada kenduri tahlil ke?tibe ada bunga kat kenduri tahlil.ke ada mat salleh mati?

pastu dik non tengok tepi kanan dik non balik.laaaa.....dorang baru habis convo rupanya.maklumlah.sweet moment kan.dik non je tak grad2 lagi.kalu dah anak grad mak2 pon akan turut sekali nak pakai baju convo.macam mak dik non dulu time ayah dik non grad.mak dik non yang lagi lama pakai baju grad tu berbanding ayah dik non.ambik feel katanya.hihi.ampun makkkk..

ok.nak dijadikan cerita.time kami tengah tunggu chicken chop sampai.tiba2 adik dik non yang berumur 5 tahun tu gelak terkekeh-kekeh,awat???????hidung dik non banyak bulu ke???(terus dik non usik2 lubang hidung dik non.ok jeee).dik non toleh belakang.

rupa2nya ada orang kerdil kat belakang dik non,terus dik non nasihatkan adik non.tak baik lah dik.dia pon makhluk Allah.Allah ciptakan orang pelbagai jenis kat dunia ni.ada yang cantik macam dik non.ada yang kurus macam dik non.ada yang tinggi macam dik non.ada yang gemuk bukan macam dik non.ada yang rendah.ada yang kurang cantik...semua tu ada hikmah.dah2..tak baik gelakkan orang.wahhhh..macam ustazah sangat!